Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Wednesday, November 12, 2008

KLINIK KEJURULATIHAN & KURSUS PENGADIL (REFEREE) BAGI SUKAN GOALBALL

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia akan menganjurkan Klinik Kejurulatihan & Kursus Pengadil (Referee) pada 18-23 November 2008. Hanya terdapat 10 pengadil tahap 1 dan 4 pengadil tahap 2 di Malaysia. Disebabkan sukan goalball merupakan salah satu sukan yang diminati oleh OKU penglihatan, pihak Persatuan dengan ini mengambil keputusan untuk menganjurkan Klinik Kejurulatihan dan Kursus Pengadil (Referee) tahap 1 dan 2 bagi menangani masalah ketiadaan jurulatih serta kekurangan pengadil yang bertauliah dalam sukan goalball di Malaysia.
Disamping itu, dapat meningkatkan kualiti permainan dan juga dapat membangunkan sukan goalball di Malaysia ke peringkat yang lebih cemerlang.

Klinik dan kursus tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 18-23 November 2008
Check in –
17 November 2008 (2.00 Petang)
Check out – 24 November 2008 (Selepas sarapan pagi)
Tempat : Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi (PLPP)


Yuran penyertaan adalah sebanyak RM750.00 seorang. Pihak penganjur akan menyediakan penginapan (twin sharing), makan minum, pengangkutan dari penginapan ke venue. Pihak penganjur hanya menyediakan 15 tempat untuk klinik kejurulatihan dan kursus tersebut. Tawaran adalah terhad.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Muhammad Fairuz Bin Abdullah Eksekutif Sukan & Rekreasi di talian 019-2727283 atau 03-22722677 ext. 136.

No comments: