Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Monday, April 11, 2011

Misi Penghantaran Akhir Bantuan Mangsa Banjir Di Segamat - 8 & 9-Apr-2011












Kami rakan2 Eyeball Simpang Semarak sungguh merasa bangga kerana telah dapat turut serta dan membantu didalam misi tersebut.

Jutaan terima kaseh kepada 9M2YRS, Pak Yob yg telah memberi peluang kepada Group Eyeball kita menyertai misi ini.

Konvoi merakamkan jutaan terima kaseh kepada:

1. Datuk Zamani yg telah sudi menjamu kami minum Kopi, Cappuccino & Donut serta bekalan Donut & air mineral di Petronas, R&R Seremban.

2. Rakan2 Amatur Melaka yg diketuai oleh 9M2MHG, Mohd Hisham Abd Gani serta rakan2 lain (6 kereta) serta 9W2PPZ, abg Tuah yg telah pukat kami di Tol Simpang Ampat & belanja minum di Tampin. Kami sungguh teruja dengan kumpulan anda yg ramah tamah dan mempunyai MARSHALL.

3. 9W2FND, Cikgu Afandi yg setia menanti kami yg sampai pukul 4am di base-stationnya di Segamat & 9W2CAZ, Cikgu Azli yg baru balek dari Mekah, menunaikan umrah bersama XYLnya (tahniah) yg telah menjamu kami dengan Air Zam-Zam dan manisan dari Mekah.

4. 9W2PWT, Pak Wan IPD Ledang, bersama XYLnya, 9W2 WTQ, Mak Wan yg telah sempat memukat kami dan bersalaman sebentar di simpang Ampat sewaktu konvoi bergerak balek ke Kuala Lumpur.

Semoga Group Eyeball Simpang Semarak akan berpeluang lagi untuk bersama-sama membantu didalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Astra Tengah atau Kelab Radio Amatur yg lain.

73..