Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Monday, August 25, 2008

Radio Amateur Examinations (RAE 2008-1) Result

Alhamdullilah keputusan yang ditunggu-tunggu selama 2 bulan oleh rakan-rakan SWAL telah pun keluar pada hari ni.

Syukur sebab percubaan saya yang pertama ni Lulus, ramai juga rakan-rakan yang mendaftar untuk
peperiksaan RAE 2008-1 pada kali ini iaitu seramai 2,227 orang, dimana 600 orang sahaja telah berdaftar untuk menduduki exam bagi kawasan Tengah. Kepada yang Lulus saya ucapkan Tahniah dan kepada yang kecundang dan tak dapat menghadirkan diri pada hari exam tersebut diharap akan mencuba lagi pada bulan November nanti.

Saya ingin mengucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada 9W2BHL (En. Farid) dan 9W2WMC (En. Fuad) yang banyak membantu menyampaikan ilmu serta sokongan moral kepada saya tentang Radio Amatur. Semoga suatu hari nanti dapat kita berEyeball dan Tango-Tango.

73, cerio..


No comments: