Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Monday, July 28, 2008

Kejohanan Goalball Piala Datuk Bandar MBPJ

Kejohanan Goalball (Terbuka Kebangsaan) Piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2008 telah diadakan di Dewan Badminton D'Klana, Kompleks Sukan Kelana Jaya, Jalan Stadium, SS7/15, Petaling Jaya pada 26hb & 27hb Julai 2008.

Kejohanan kategori Lelaki yang julung kali diadakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersempena sambutan ulangtahun Bandaraya yang ke 2 MBPJ telah di rasmikan oleh Datuk Bandar MBPJ, Y.BHG Dato' Hj. Mohamad Roslan bin Sakiman.

Kejohanan ini mensasarkan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan di seluruh Malaysia dengan tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baru serta memberi peluang kepada warga OKU mempamerkan kualiti sukan yang lebih baik disamping mengamalkan budaya hidup sihat serta harmoni dan mengeratkan tali silaturrahim dikalangan warga OKU dan masyarakat sekeliling.

Kejohanan ini juga mensasarkan penyertaan lelaki OKU berumur 15 tahun keatas dari pasukan-pasukan kelab dan persatuan di seluruh Malaysia. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian.
Kejohanan yang dianjurk
an oleh bahagian Belia dan Sukan MBPJ ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Paralimpik Malaysia, Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Syarikat Nestle.

Juara ialah kumpulan 'BORN FREE' mengondol hadiah wang tunai RM2,000 beserta Piala Pusingan, Piala Iringan dan Medal.
Naib Johan ialah kumpulan 'Power Shoot' yang meraih RM1,000 beserta Medal.
Ketiga ialah kumpulan 'Islander' yang meraih RM750 beserta Medal.
Keempat ialah kumpulan 'Tsunami' yang meraih RM500 beserta Medal.
Semua pemenang juga telah mendapat hadiah pek barangan Milo dari syarikat Nestle.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ahli Majlis MBPJ En. Micheal Soon Kwai Choy
.

No comments: