Kejohanan kategori Lelaki yang julung kali diadakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersempena sambutan ulangtahun Bandaraya yang ke 2 MBPJ telah di rasmikan oleh Datuk Bandar MBPJ, Y.BHG Dato' Hj. Mohamad Roslan bin Sakiman.
Kejohanan yang dianjurkan oleh bahagian Belia dan Sukan MBPJ ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Paralimpik Malaysia, Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Syarikat Nestle.
Juara ialah kumpulan 'BORN FREE' mengondol hadiah wang tunai RM2,000 beserta Piala Pusingan, Piala Iringan dan Medal.
Naib Johan ialah kumpulan 'Power Shoot' yang meraih RM1,000 beserta Medal.
Ketiga ialah kumpulan 'Islander' yang meraih RM750 beserta Medal.
Keempat ialah kumpulan 'Tsunami' yang meraih RM500 beserta Medal.
Semua pemenang juga telah mendapat hadiah pek barangan Milo dari syarikat Nestle.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ahli Majlis MBPJ En. Micheal Soon Kwai Choy.
No comments:
Post a Comment