
Puteri Park Hotel telah mengadakan majlis bebuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ummah pada18-Ogos-2010 bersamaan 8 Ramadhan 1431 Hijrah.
Majlis turut dihadiri oleh kakitangan dan pelangan-pelangan setia Puteri Park Hotel sebagai tetamu di majlis yang penuh bermakna buat anak-anak yatim yang dihargai ini.
Sebelum majlis berakhir, pihak Puteri Park Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa Beg Sekolah dan Duit Raya kepada semua anak-anak yatim yang hadir.
Terima kaseh diucapkan kepada pihak Puteri Park Hotel yang menganjurkan majlis seumpama ini. Sesungguhnya usaha murni ini harus diteruskan pada setiap tahun.
p/s.. terima kaseh En. Zuraimi Mohamad di atas jemputan. Menu semuanya sedap, Kambing Masala & Sup Ekor memang Best..
